Friday, September 16, 2011

Cekodok Bangi

Bundo namakan cekodok bangi sebab ipar duai kalau nak makan cekodok mesti datang ke bangi rumah bundo untuk menikmati cekodok ini yang dikatakan mereka teramatlah lembut walaupun sudah sejuk. Dah berkali-kali diorang mintak resepi, dah bagi pun tapi masih nak makan cekodok bangi jugak sebab dorang buat tak jadi macam yang bundo buat.

Kadang-kadang masak ni ikut tangan kan. Kalau main campak-campak, menjadi je.  Kalau ikut resepi betul-betul ada kalanya tak menjadi pulak. Bundo tengok ramai kawan-kawan bolger  yang buat cekodok sedap-sedap. Dan bundo tengok bahan-bahannya lebih kurang saja dengan cekodok bundo ni.
Anyway, untuk rujukan anak-anak dan ipar duai yang buat cekodok tak jadi-jadi tu, bundo tuliskan resepinya di sini.


2 1/2  cawan tepung gandum
2 biji ubi kentang sederhana besar di parut halus
1 batang carrot sederhana besar diparut halus
1 tangkai daun sup dihiris halus
2 helai daun bawang dihiris halus
2 sudu penuh majerin (penuh maknanya bila kita kaut majerin tu satu sudu, tak payah diratakan)
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk stok ayam
garam secukup rasa
segenggam ikan bilis (kalau genggam korang kecik sangat, lebihkan) *
1 bijji bawang besar yang sederhana saja besarnya *
1-2 biji cili merah *
1 cawan nasi sejuk*


Blender bahan yang bertanda * ditambah dengan sedikit air.  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Tambah air secukupnya, tidak terlampau cair dan tidak terlampau pekat. Kacau terus dalam dua minit.
Panaskan minyak dan sudukan batter ke dalam minyak yang panas di atas api perlahan sehingga kekuningan.
Sedia untuk dimakan dicicah dengan sos cili atau ngap dengan cili api.

ibundo

12 comments:

kaklong said...

wah,..buleh cubo ni kak..
sok namo ea tuka cokodok kajang lak yo...hahahah!!

cahya indah said...

memang nampak sedap cekodok bangi ni bundo ;) boleh try

cikmanggis said...

cm pun nak cubo gak kakpah..cokodok jadi kegemaran seisi keluarga.Tak kira keras ko lembut ko dorang sapu hehe.Tapi kak pah punya ni agak special.

Gee® said...

nk tumpang mkn cekodok bangi leh...?

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam bundo.Kita copy resepi ya.
Boleh buat b-fast esok.

nOOrsha said...

hmm sedapnyer... pernah buat cekodok bubuh carrot, mmg best, lemak2 rasenya.. anak2 pun suke :)

Mas said...

cicah ngan sos sedap tu kak..

Acik Erna said...

kak pah...bilo tengok gambar cekodok yo..boleh meleleh air liur he he.
ambik resepi yo kak pah..
nak lawan kak long..sok jadi lak cekodok seromban..

Deliah's Deli said...

sodap ni kak...sekilo pun x cukup ni! rakyat ramai..:)))

Deliah's Deli said...

mmg sodap!dah abis pun,tp x la buat smpai skilo,bilo plak nak abih menggoreng. :))

Juwita Jamaludin said...

sekodok macam ni memang suami suka sangat.. sedapnya .. tambah cicah sos

ibundo said...

You all,
maaplah bundo ni bizi sangat weekend ni. Nak balas komen pun dah maleh ha.. Anyway, selamar mencubalah ya. Nampaknya cm ngan del dah menerai. sodap kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...