Monday, January 30, 2012

sayur goreng kicap

Makan sayur tu.  Jangan tak makan.
Mak bundo selalu cakap macam tu.  Masa bundo kecik -kecik dulu la. Bila dah beranak sendiri, cakap pulak dengan anak macam tu.  Agaknya budak-budak memang tak gemar sangat makan sayur. Kalau ada sayur dalam pinggan, dikuis-kuis ke tepi pinggan sampai terjatuh atas meja. Kalau terasa ada sayur dalam mulut, digentel-gentel dengan lidah lepas tu cekut dengan tangan dan buang.

Tapi bila dah tua begini, sayur tu lah yang dibuat kawan.  Main ratah ratah macam tu je tak payah makan nasi. Satu, sebab dah tua dan dapat nilaikan khasiatnya makan sayur.  Dua, sebab dah sememangnya tak boleh makan benda-benda yang lemak dan banyak kolesterol. Pilihan terbaik, sayur salah satunya.



Ala.. saja je nak bebel pasal sayur. Takde lah korang cakap betapa simpelnya masakan bundo kali ni.

Ni kacang panjang dan taugeh goreng kicap.
Bahan:
kacang panjang
taugeh
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
cili merah
sedikit carrot hiris untuk hiasan
semestinya ada kicap.

Cara?
Kalau tak pandai memang nak kena babab.


Sekian.  Selamat meratah.

ibundo

6 comments:

CT Delima said...

As'salam Ibundo

memang betul apa kata bundo tu, anak2 memang tak suka dan memang tak gemar amkan sayur. begitulah anak2 ct ni bundo. dah naik berbuih suh makan sayur supaya kulit cantik dan tak kering. Tapi tulah..bila goreng sayur satu mangkuk cuma sesudu jer anak2 ni letak dalam pinggan..geram jer rasanya...hihi

Liza said...

salam ibundo...sayur grg kicap ni mmg peberet anak2 liza...masak lah sayur ape pun, laju betul diaorg mkn...

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Bundo..
Ermm..yg ringkas2 cam nilah penambat selera sebenarnya.. Naz suka semua jenis sayur.. Masak apa pun tak pe.. Nak sikit...

Chah said...

Haha...mmg tunggu bebelan tu salah satu sbb ari2 terjah sini ....:)

Gee® said...

sayur pon sayur la bundo janji sedap... kan kan...

julierosarina said...

salam ibundo..sedapnya sayur kicap,saya suka sangat..nak buat la sok. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...